Pengumuman Rasmi Puteri Mako Melepaskan Gelarannya Sebagai Seorang Puteri - Glam Malaysia

Pengumuman Rasmi Puteri Mako Melepaskan Gelarannya Sebagai Seorang Puteri

Pada bulan Mei yang lalu, pihak istana “Chrysanthemum Throne” telah mengeluarkan kenyataan rasmi kepada pihak media perihal keputusan Puteri Mako untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka dalam kalangan rakyat marhaen.

 

Foto Reuters

Ahad yang lalu, Puteri Mako, 26, secara rasmi membuat pengumuman perihal keputusannya untuk mengahwini Kei Komuro, 26, yang merupakan seorang pembantu undang-undang dan rakan sekelas Puteri Mako sewaktu mereka menuntut di International Christian University, Tokyo.

 

Menurut undang-undang pewarisan Takhta Chrysanthemum, dengan perkahwinan bukan kalangan kerabat diraja  mereka harus melepaskan hak mereka sebagai kerabat diraja dan mengambil nama keluarga suaminya kelak.

 

Dalam sidang media tersebut Puteri Mako juga turut berkongsikan kisah bagaimana hatinya tertarik dengan senyuman Kei yang senantiasa mesra dan ceria. Selain itu Kei juga mahir memain piano jazz, memasak dan meminati sukan ski.

 

Kedua-duanya mula bertemu sewaktu program orientasi lima tahun yang lalu sebelum Puteri Mako memulakan pengajiannya di Univeristy of Edinburgh. Kei dikatakan telah melamar kepada Puteri Mako pada Disember 2013 beberapa bulan sebelum dia menamatkan pengajiannya di International Christian University.

See also
Kenali Masalah Kulit Anda Pada Setiap Peringkat Umur

 

Keputusan Puteri Mako ini bukanlah perkara baru dalam kalangan kerabat diraja Chrysanthemum Throne kerana beliau juga merupakan puteri ketujuh yang melepaskan haknya sebagai kerabat demi cinta. Malah kakanda dan juga adinda Maharaja Akihito, Atsuko dan Takako, juga membuat keputusan yang sama dibuat oleh Puteri Mako.

 

Undang-undang ketat terhadap pewarisan kerabat diraja Jepun ini juga mengekang mereka untuk meneruskan warisan. Kerana walaupun Puteri Mako membuat keputusan untuk berkahwin dalam kalangan kerabat mereka, ia merupakan perkara mustahil kerana tiada calon yang boleh dipilih oleh beliau.

 

Jepun sebelum ini pernah berada di bawah perintah lapan maharani sepanjang 125 generasi kerabat diraja sebelum undang-undang pewarisan diberikan keutamaan kepada waris lelaki sahaja.

Adakah Jepun akan menggubal kembali undang-undang pewarisan mereka dan membenarkan kerabat diraja wanita untuk memerintah?