Penelope Cruz Sebagai Donatella Versace Untuk Versace: American Crime Story - Glam Malaysia

Penelope Cruz Sebagai Donatella Versace Untuk Versace: American Crime Story

Foto: face to face via ZUMA Press

Pada Januari yang lalu, penerbit eksekutif rancangan bersiri American Crime Story Ryan Murphy telah menyangkalkan khabar berita yang Lady Gaga bakal memainkan watak Donatella Versace untuk musim ketiga rancangan tersebut.

 

American Crime Story musim ketiga yang bakal dimainkan pada tahun 2018 berkisarkan kes pembunuhan pereka fesyen Gianni Versace, abang kepada Donatella.

 

Ura-ura yang mengatakan Lady Gaga telah dipilih untuk memainkan watak Donatella Versace hanya kerana penyanyi tersebut pernah ditampilkan dalam kempen Versace.

 

Hollywood Reporter melaporkan bahawa pihak produksi telah mengesahkan bahawa pelakon dan penerima anugerah Oscar Penelope Cruz telah dipilih untuk memainkan watak adik Gianni Versace.

 

Versace: American Crime Story akan menceritakan kes pembunuhan pereka lagenda Gianni Versace (Edgar Ramirez) pada 1997 dan pembunuhnya Andrew Cunanan (Darren Criss) mengambil nyawanya sendiri lapan hari selepas pihak polis Miami hampir menangkapnya.

 

Rancangan ini juga merupakan cubaan pertama Cruz untuk drama bersiri kerana sebelum ini pelakon dari Spain ini hanya memainkan watak untuk filem-filem layar perak.

See also
GLAM 101: Fantasi Surrealism