Pendapat Naomi Campbell Tentang Kendall Jenner Diterangkan Dengan Dua Perkataan Sahaja

Berita

Pendapat Naomi Campbell Tentang Kendall Jenner Diterangkan Dengan Dua Perkataan Sahaja

82


 

It’s not every day kita dapat melihat Naomi Campbell memberi pendapatnya tentang Kendall Jenner. Jadi apabila hari itu tiba, kita dengar.

 

Bulan lalu Kendall Jenner telah mencetuskan amarah model-model serata dunia ikutan kenyataan kurang bijaknya perihal privilege yang dia ada untuk memilih kerja yang dia suka dan tidak akan berjalan untuk 30 pertunjukan satu musim dan masih mampu mendapat bayaran tinggi berbanding model-model lain yang berjalan untuk 80 pertunjukan untuk satu musim. Naomi Campbell, OG supermodel dan antara model-model POC yang berjaya mengubah persepsi orang ramai tentang standard kecantikan, telah diajukan soalan menanyakan pendapatnya tentang isu tersebut.

 

Sewaktu membuat penampilan dalam rancangn Watch What Happens Live, pengacara Andy Cohen mengajukan soalan daripada seorang peminat, “your views on Kendall Jenner being the highest-paid model while saying she cherry-picks her jobs and could never do 30 shows in a season.” Campbell terus memandang ke kamera dan berkata, “Next question,” dengan ekspresi muka yang sudah cukup sebagai jawapan kepada soalan tersebut.

 

Sewaktu segmen lain dalam rancangan tersebut, Campbell sempat munjukkan minatnya terhadap model-model baru yang mula membina nama mereka di persada dunia fesyen. Antaranya adalah Kaia Gerber yang turut menggelar campbell sebagai “Auntie.”

 

“Dia [Kaia] sangat comel. Saya sanagt bangga dengan dia.” Campbell juga berkongsikan kisah di mana dia, Gerber, dan ibunya Cindy Crawford berkumpul di rumah Azzedine Alaïa untuk membincangkan kerjayanya. “Kami berkumpul bersama di ruang makan dan melihat semua pertunjukan yang dia patut buat dan yang mana dia tidak patut untuk masa ini — kerana dia masih muda, dia boleh melakukannya kemudian — dan dia mengikut segalanya.”

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *