Pencalonan Oscars 2017 Menunjukkan Kelainan Selepas Kontroversi #OscarsSoWhite - Glam Malaysia

Pencalonan Oscars 2017 Menunjukkan Kelainan Selepas Kontroversi #OscarsSoWhite

Ilustrasi Foto: Kevin Peralta

Ikutan kontroversi #OscarsSoWhite pada tahun lepas, nampaknya mereka yang terlibat sebagai jawatankuasa The Academy Awards (Oscars) telah mendengar suara-suara netizen melalui hashtag tersebut di mana pencalonan pada tahun lepas tidak menunjukkan kepelbagaian dalam senarai pencalonan mereka. Manakan khalayak ramai tidak marah, Hollywood mempunyai barisan pelakon dan bakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang bukan sahaja pelakon berkulith putih.

 

Untuk pencalonan Oscars tahun ini, boleh dilihat bahawa buat pertama kalinya dalam sejarah Oscars, pelakon berkulit gelap (Black Actors/African Americans) dicalonkan untuk setiap category lakonan. Dengan jumlah sebanyak enam pelakon berkulit gelap yang dicalonkan untuk bakat mereka dalam kategori masing-masing.

 

Pertama kali juga tiga orang pelakon berkulit gelap dicalonkan dalam kategori yang sama. Naomi Harris (Moonlight), Octavia Spencer (Hidden Figures), dan Viola Davis (Fences) untuk kategori Pelakon Pembantu.

 

Dua lakon layar oleh penulis African American juga dicalonkan buat pertama kalinya di Oscars. Fences oleh August Wilson dan Moonlight oleh Alvin McCraney.

See also
Bicara Deko - Commune Berkongsi Idea Kediaman Vintaj Moden

 

Natalie Portman pula menjadi pelakon wanita pertama yang dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya sebagai First Lady Jackie Kennedy dalam filem Jackie.

 

Manchester by the Sea pula membolehkan Amazon menjadi perkhidmatan strim yang pertama dicalonkan untuk kategori yang besar iaitu Best Picture.

 

La La Land pula meraih 14 pencalonan membuatkannya seri denganĀ Titanic dalam jumlah pencalonan di Oscars.

 

Ini merupakan antara kepelbagaiain yang dapat dilihat dalam pencalonan OscarsĀ jikalau dibandingkan dengan senarai pencalonan sebelum ini. Untuk senarai pemenang yang penuh sila klik di sini.