Penampilan Rasmi Putera Harry & Meghan Markle Sebagai Pasangan

Penampilan Rasmi Putera Harry & Meghan Markle Sebagai Pasangan

Mahu dikatakan hubungan antara Meghan Markle dan Putera Harry sebagai satu hubungan yang rumit memang jauh sekali. Namun sepanjang lensa dunia (dan paparazzi) memerhatikan hubungan mereka berputik sejak tahun lalu, amat sukar sekali untuk melihat mereka bersama-sama di khalayak ramai.

 

Namun baru-baru ini, kedua-dua merpati sejoli itu membuat kemunculan umum mereka sebagai pasangan untuk Invictus Games di Toronto dan kedua-duanya telah menjadi tumpuan lensa bukan milik paparazzi (Finally!). Markle dan Putera Harry kelihatan sangat gembira sewaktu menyaksikan perlawanan Wheelchair Tennis sambil mereka bergurau senda dan berbualĀ like normal couples would dengan kemesraan mereka.

 

Foto Euan Cherry/WENN.com

Kemunculan umum mereka ini juga mengesahkan kisah yang dikongsikan oleh Markle sebelum ini di mana dia menceritakan kisah cinta yang berputik antara dirinya dan Putera Harry. “Apa yang saya boleh beritahu adalah hubungan kami sangat mudah. Kami hanya dua insan yang sangat bahagia dan dilamun cinta.”

See also
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 30

 

Foto Euan Cherry/WENN.com

Sebelum ini juga pernah dilaporkan bahawa Putera Harry telah memulakan pengubahsuaian terhadap sebahagian daripada Istana Kensington dan Markle bakal berpindah masuk untuk tinggal bersama Putera Harry.

 

A big announcement is coming soon?