Fazura Kini Bergelar Penyanyi Secara Rasmi Dengan Album Perdana

Pelakon & Usahawan Ternama Fazura Lancar Album Perdana: FAZURA

Fazura, seorang pelakon pemenang anugerah, pengacara TV, bintang realiti TV, dan usahawan kini telah menambah penyanyi ke dalam résuménya secara rasmi dengan kelahiran album perdananya, FAZURA. Seperti menjiwai pepatah bahasa Inggeris ‘jack of all trades, master of none‘ Fazura enggan berhenti dengan hanya satu atau dua bakat sahaja.

 

Anak seni kelahiran Pahang ini telah berkali-kali membuktikan mereka yang mengkhuatiri kebolehannya bahawa mereka salah dan dia boleh melakukan apa sahaja yang dia impikan jika dia berusaha sepenuhnya untuk merealisasikan impiannya.

 

Album berjudul FAZURA yang baru dilancarkan ini mengandungi sembilan buah lagu yang diterbitkan oleh nama-nama besar industri muzik seperti Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L GImbang (Estranged), Ahmad “Kemat” Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly, dan juga Megat Aizat.

 

Bagi peminat-peminat setia pasangan Fattzura juga pasti akan merasa gembira dengan lagu duet yang didendangkan oleh Fazura bersama Fattah melalui drama Hero Seorang Cinderella turut tersenarai dalam album khas ini.

See also
Altuzarra Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada NYFW

 

Selain itu Fazura juga mempuyai dua buah lagu duet bersama Ariadinata (Samsons) untuk lagu Cinta Langka dan juga bersama kumpulan Estranged bagi lagu Hancur Aku yang sangat bermakna buat Fazura kerana dia berupaya mengasah vokal dan mencari tona suaranya dengan bantuan mereka.

 

Salah satu lagu kegemaran saya di dalam album ini pastinya lagu “Sayangi Dirimu.” Lagu tersebut sebenarnya merupakan percubaan pertama saya untuk meneroka industri muzik, walaupun ia tidak diterima dengan baik pada awalnya,” akui Fazura. “Bagaimanapun, saya tidak takutkan cabaran. Saya menerima setiap kritikan sebagai pendorong untuk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik. Saya menghadiri kelas vokal dan menerima panduan secara profesional. Saya bekerja keras dan mengharapkan peminat menikmati album ini sepertimana saya gembira membikinnya untuk mereka!, “jelas Fazura.”

 

Walaupun album ini mengambil durasi hampir setahun untuk disempurnakan dek kerana kesibukan Fazura dengan penggambaran drama dan filem yang tiada henti, kerja keras Fazura dan pasukannya nampak sudah menampakkan hasil kerana album FAZURA telah mencapai status anugerah GOLD dengan hasil jualan melebihi 5000 unit setelah dilancarkan.

See also
Day Dream with Tous

 

Untuk mendapatkan FAZURA, anda boleh lawati Lazada dan XOX. Selain itu pilihan untuk muat turun dan streaming juga boleh dilakukan melalui platform muzik digital.