Netizen China Mengharamkan Gigi Hadid Ke Shanghai? - Glam Malaysia

Netizen China Mengharamkan Gigi Hadid Ke Shanghai?

Minggu lalu Gigi Hadid berkongsikan berita gembira di mana dia bakal menyertai adiknya, Bella, dan rakan-rakan model yang lain untuk berkasi di pentas peragaan antarabangsa Victoria’s Secret yang bakal diadakan di Shanghai pada tahun ini.

 

Namun pengumumannya itu tidak disambut dengan gembira oleh netizen di China kerana mereka masih mengingati video yang dikongsikan oleh Bella pada tahun lalu yang menunjukkan Gigi mengajuk mata sepet Buddha sambil berjenaka.

 

Apbila mereka mendapat tahu bahawa Gigi bakal membuat penampilan untuk Victoria’s Secret pada tahun ini, netizen di China mula menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap model tersebut sehingga Gigi terpaksa disabled ruangan komennya pada pos pengumumannya itu.

 

Mereka masih lagi enggan memaafkan Gigi walaupun model tersebut sudah memohon maaf pada laman media sosial China, Weibo, apabila dia menyedari betapa seriusnya hal ini.

See also
Dior Holiday Story Koleksi Holiday 2023 Terbaik

“Jika Victoria’s Secret tidak diadakan di Shanghai, anda mungkin tidak akan mengeluarkan kenyataan ini” nyata satu komen.

 

Malah ada juga yang mempersoalkan keikhlasan Gigi melalui permohonan maaf ini kerana ia seperti bukan dia yang menulisnya.

 

So what’s gonna happen now?