Netizen Berang Dengan Editorial Fesyen Karlie Kloss Untuk Sebuah Majalah Besar

Berita

Netizen Berang Dengan Editorial Fesyen Karlie Kloss Untuk Sebuah Majalah Besar

72

Kepelbagaian (diversity) dalam dunia fesyen menjadi satu isu yang besar sejak dahulu kala lagi. Walaupun boleh dilihat untuk Minggu Fesyen New York kali ini pereka-pereka ternama menampilkan lebih ramai model daripada pelbagai bangsa, bentuk badan dan juga latar belakang untuk menggayakan koleksi mereka, ini hanya merupakan satu langkah yang kecil untuk matlamat yang lebih besar.

 

Majalah Vogue baru-baru ini mengeluarkan isu Mac mereka yang berkisarkan kepelbagaian dengan menampilkan beberapa orang model ternama yang terdiri daripada bangsa dan kumpulan etnik yang berbeza untuk muka hadapan mereka.

 

Walaubagaimanapun, bahagian editorial fesyen majalah tersebut kini menjadi isu yang besar kerana menggunakan model berkulit putih, Karlie Kloss, yang digayakan sebagai seorang geisha. Selain dari gaya geisha, Karlie juga dapat dilihat melawat tokong di Jepun dan bergambar dengan seorang ahli sumo.

 

Foto: Lisvett Serrant/startraksphoto.com

Yang menjadi persoalannya sekarang, sudah tidak ada model berketurunan Jepun lagikah untuk digunakan sebagai model editorial fesyen yang bertemaka budaya Jepun ini?

 

Isu yang dikemukakan oleh Netizen kepada Vogue pula adalah mengapa dalam isu yang dikatakan bertujuan untuk meraikan kepelbagaian ini menggunakan seorang model bukan Asian untuk menggayakan budaya yang bukan miliknya?

 

Majalah ternama itu sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini tetapi Karlie Kloss sudah pun memohon maaf atas kesilapannya melalui akaun Twitternya.

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *