Nama Anak Duke of Sussex, Meghan Markle Dan Putera Harry Akhirnya Didedahkan! - Glam Malaysia

Nama Anak Duke of Sussex, Meghan Markle Dan Putera Harry Akhirnya Didedahkan!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mendedahkan wajah putera sulung mereka kepada dunia melalui beberapa siri gambar eksklusif yang dirakam di Istana Windsor. Dibungkus kemas dengan kain putih dan dipakaikan topi, bayi lelaki tersebut didukung erat Putera Harry sambil Meghan di sebelahnya.

Melalui satu posting di Instagram @britishvogue, nama bayi diraja ini akhirnya didedahkan. Archie Harrison Mountbatten-Windsor dipilih selepas mereka berdua memperkenalkan bayi tersebut kepada  Permasuri dan Duke Edinburgh tengahari tadi. (Waktu Malaysia). “Baru hanya dua hari setengah atau tiga hari, tetapi kami sangat teruja mempunyai cahaya mata sendiri dan dapat mengalami detik-detik istimewa bersamanya,” kata Duke of Sussex itu. Archie yang baru dilahirkan ini menjadi waris ketujuh dalam takhta diraja.

Jom kita imbas gambar-gambar eksklusif yang sempat dirakam media antarabangsa.