Model Victoria's Secret Bercinta dengan Idris Elba - Glam Malaysia

Model Victoria’s Secret Bercinta dengan Idris Elba

idris-jourdan
Baru-baru ini Idris Elba menolak gosip yang mengatakan dia bercinta dengan Madonna.
 
Walaubagaimanpun, dia dilihat meninggalkan parti Europe Music Awards (EMA) 2016 berpegangan tangan dengan model Victoria’s Secret, Jourdan Dunn beberapa hari lepas.
 
Elba, 44, sebelum ini bercinta dengan Naiyana Garth namun berpisah Februari lalu. Jourdan Dunn pula baru menamatkan hubungan bersama Younes Bendjima September lepas.
 
Elba dan Dunn dilihat meninggalkan majlis tersebut bersama-sama sekitar jam 2.30 pagi.