Model Fernanda Ly Bersuara Perihal Realiti Kerjaya Seorang Model - Glam Malaysia

Model Fernanda Ly Bersuara Perihal Realiti Kerjaya Seorang Model

Models.com baru-baru ini telah menjalankan sebuah kajian editorial yang melibatkan 22 orang model untuk menjawab soalan ‘How should a model be treated?’ ikutan beberapa kontroversi yang menyelubungi dunia fesyen dengan cara mereka melayan model-model mereka.

 

Daripada 22 orang model itu, 13 orang meminta untuk dirahsiakan nama mereka dan selebihnya telah bersetuju untuk nama mereka diterbitkan.

 

Antara model-model yang terlibat adalah, Jay Wright, Emily Butcher, Ekaterina Ozhiganova, Fernanda Ly, Margherita Tondelli, Cailin Hill Araki, Sidney Gaston, Petra Zatkova dan Wyomi.

 

Models.com turut menerangkan tujuan mereka melakukan kajian ini adalah untuk membantu model-model yang berdiam diri untuk tidak kehilangan kerja mereka walaupun dilayan dengan teruk.

 

Foto: Jason Henley

Model Fernanda Ly berkongsikan kisah kejadian di tempat penggambaran di mana seorang penata gaya menggunakan kesempatan itu untuk menyentuh tubuh Ly lebih daripada sepatutnya.

 

“Terlalu ramai yang mengambil kesempatan terhadap usia muda seorang model dan menggunakannya untuk kepuasan mereka sendiri. Seorang manusia biasa yang berakal tidak patut cuba untuk mengambil kesempatan terhadap seorang gadis yang hadir untuk bekerja dan takut untuk bersuara (kerana orang tidak akan bekerja dengan model yang susah untuk bekerjasama). Saya pernah menghadiri sesi penggambaran untuk sebuah lookbook dan penata gaya yang bertanggunjawab menggunakan peluang ini untuk menyentuh saya secara berlebihan dan melakukan perkara ini sepanjang penggambaran tersebut. Saya masih lagi mengingati perasaan jijik tangan lelaki tersebut di atas tubuh saya,” terang Ly.

See also
Koleksi Lengkap Chanel SS16

 

Ly juga turut berkongsikan realiti yang model-model ini perlu hadapi dalam kerjaya mereka.

 

“Kejayaan boleh datang dengan cepat untuk seseorang model, tetapi bila waktu anda sudah tamat, anda akan dibuang seperti barang terpakai dan seorang model yang baru akan mengambil alih tempat anda dengan serta merta.”

 

Untuk membaca kenyataan model-model yang lain mengenai kajian ini, lawati Models.com.