Miss Universe Malaysia 2017: Samantha Katie James - Glam Malaysia

Miss Universe Malaysia 2017: Samantha Katie James

Setelah Iris Mittinaere dimahkotakan sebagai Miss Universe 2016 pada Januari yang lalu di Metro Manila, Malaysia kini sudah memilih Miss Universe Malaysia 2017 yang bakal mewakili Malaysia pada acara berprestij itu untuk tahun ini.

 

Samantha Katie James sebagai Miss Universe Malaysia 2017.

Miss Universe Malaysia Organization telah pun memilih Samantha Katie James sebagai Miss Universe Malaysia 2017 semasa satu acara di The Majestic Hotel pada 23 Februari yang lalu turut dihadiri Kiran Jassal.

 

Gadis berusia 23 tahun berdarah kacukan Brazil-Cina ini telah mengalahkan 16 orang peserta lain.

 

Ini merupakan cubaan kedua Samantha untuk mendapat gelaran Miss Universe Malaysia 2017. Dia pernah mencuba nasibnya sebelum ini pada tahun 2013.

 

Miss Universe Malaysia Samantha Katie James diapit oleh Dana Low (Naib Juara), Ollemadthee Kunasagaran (Ketiga) dan Laura Simon (Keempat)
Foto: TheHive

“Saya dengan jujurnya tidak menyangkakan perkara ini kerana semua yang berada di sini amat menakjubkan; mereka telah melakukan segalanya dengan baik, gadis-gadis yang bijak dan cantik. Satu-satunya perkara yang saya selalu memberitahu diri saya sendiri adalah untuk percaya kepada apa yang saya inginkan dan membayangkan saya akan berada di sana, dan akhirnya saya mengecapi impian saya,” terang Samantha dalam satu kenyataan.

See also
Kylie Jenner Berjaya Mengumpul $500,000 Untuk Smile Train