Mengapa Anak-Anak Jada Pinkett Smith Tinggalkan Rumah? - Glam Malaysia

Mengapa Anak-Anak Jada Pinkett Smith Tinggalkan Rumah?

The kids have left the nest?

 

 

Dua daripada anak-anak Jada Pinkett Smith bersama suaminya, Will Smith, Jaden dan Willow telahpun meninggalkan rumah keluarga mereka bagi menjalankan hidup bersendiri.

 

Jaden, 18 tahun, dan Willow, 16 tahun, sibuk menjelajah dunia buat kerjaya mereka yang memerlukan mereka di suatu tempat dalam masa yang singkat. “Perasaan ini sungguh aneh, mereka tiada di sini, tetapi seperti mereka ada!” kata pelakon berumur 45 tahun itu. “Willow sering telefon rumah setiap hari, dan Jaden masih perlu bersama Will dan saya apabila [Jaden] rindukan kami.” sambungnya.

 

Jaden sedang sibuk dengan filem Life in a Year yang dirakam di Toronto, Kanada. Willow pula bekerjaya dalam arena muzik — beliau sering mengelilingi dunia kena kerjayanya itu. Adik-beradik Hollywood itu juga sering dibicarakan dalam kalangan peminat fesyen — Jaden pernah menjadi model buat kempen Louis Vuitton dan Willow pula merupakan seorang duta buat jenama Chanel.

See also
Pereka Fesyen Mengucapkan Terima Kasih Kepada Michelle Obama

 

 

Walaupun keluarga tersebut tidak menetap bersama lagi, Jaden dan Willow tetap meletakkan hubungan bersama ibu bapa mereka sebagai keutamaan. Dalam sebuah temu ramah, Jaden beritahu majalah Interview, “Ibu bapa saya sememangnya idola hidup saya. Itulah sumber saya dan Willow mengambil inspirasi untuk mengubah dunia. Ia semuanya datang dari konsep memberi impak kepada dunia secara positif dan tinggalkannya dalam nada yang lebih baik dari status quo”.