Datuk Siti Nurhaliza Telah Menerima Gelaran Datuk Seri

Memperkenalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza

Baru minggu lalu diumumkan Datuk Siti Nurhaliza sudah hamil empat bulan selepas 11 tahun mencuba bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan kini satu lagi berita gembira dan membanggakan telah hadir dalam hidup Datuk Siti.

 

Foto Muhd Asyraf Sawal

Penyanyi kegemaran negara ini telah dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini.

 

“Ini bukan saja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi mewakili insan seni yang lain kerana saya yakin, setiap masyarakat mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri. Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini pada usia 21 tahun saya di dalam bidang seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri di dalam karier saya.”

 

Dalam kalangan 101 individu yang diberi penganugerahan, tiga selebriti tempatan yang lain turut diraikan pencapaian mereka pada hari ini.

See also
Koleksi 'Paris In Rome' Chanel kini di KLCC

 

Datuk Eizlan Yusof juga menerima darjah kebesaran SSAP dan Jovian Mandagie, Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd, pula  menerima penganugerahan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk, dan juga pelakon Adi Putera, Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society, pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

 

Tahniah di ucapkan kepada Datuk Seri Siti dan penerima-penerima anugerah yang lain!

 

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on