Melania Trump Muncul Dengan Rekaan Ralph Lauren

Berita

Melania Trump Muncul Dengan Rekaan Ralph Lauren

100

Setelah beberapa hari dunia fesyen membuat spekulasi mengenai pereka fesyen yang akan menggayakan Melania Trump untuk Hari Perasmian, akhirnya persoalan itu sudah terjawab pada hari ini di mana Melania muncul dengan busana biru muda double-faced cashmere oleh Ralph Lauren.

 

Foto: Getty

“Dengan angkat sumpah suaminya Donald J. Trump yang penuh bersejarah sebagai Presiden ke-45 Amerika Syarikat, First Lady-pilihan akan menjadi First Lady Amerika yang baru sambil memakai rekaan seorang pereka Amerika yang mengubah fesyen di Amerika, Ralph Lauren,” terang seorang jurucakap mereka.

 

Foto: Getty

Gaya Melania dilengkapkan dengan sepasang sarung tangan dan kasut tumit tinggi yang berona sama dengan pakaiannya. Kesuluruhan gayanya mengingatkan dunia fesyen kepada gaya Jackie Kennedy pada satu ketika dahulu.

 

Barack dan Michelle Obama menyambut Donald dan Melania Trump di White House.
Foto: Getty

Sepanjang kempen Presiden-Pilihan, Melania kebiasaannya mengenakan busana oleh pereka-pereka daripada Eropah dan ini menandakan titik permulaan Melania untuk mula memberi perhatian kepada pereka-pereka di Amerika pula sebagai First Lady seperti yang dilakukan oleh Michelle Obama.

 


 

Melania Trump juga merupakan First Lady imigran pertama semenjak Louisa Adams, isteri kepada bekas presiden John Quincy Adams.

 

Nantikan siapa pula yang akan menggayakan Melania pada malam ini.

Your email address will not be published. Required fields are marked *