Meghan Markle dan Putera Harry Mendapat Restu Permaisuri Elizabeth II - Glam Malaysia

Meghan Markle dan Putera Harry Mendapat Restu Permaisuri Elizabeth II

meghanxharry

 

Dalam kesibukan khalayak umum dan media mencari kebenaran tentang hubungan Putera Harry dan pelakon Meghan Markle akhirnya dilaporkan bahawa pasangan ini memang legit kerana The Sun UK melaporkan secara ekslusif gambar pasangan ini keluar berdua-duaan buat pertama kali sejak khabar angin mengatakan mereka sedang mengenal hati budi masing-masing.

 


 

Sejurus itu, US Weekly pula melaporkan menurut satu sumber bahawa Permaisuri Elizabeth II telah merestui hubungan cucunya Putera Harry dengan Meghan Markle. Permaisuri Elizabeth II juga memberikan sokongannya untuk pasangan ini.

 

Sumber daripada Istana Buckingham itu juga menyatakan bahawa walaupun beliau belum lagi bertemu dengan Meghan tetapi beliau berasa sangat gembira melihat Putera Harry dalam hubungan penuh kasih sayang ini.

 

Fun fact: Duchess of Cambridge Kate Middleton mengambil masa 5 tahun untuk berjumpa dengan Permaisuri Elizabeth II.

See also
Aksesori Pilihan Sosialit: Angela Karto

 

Meghan sudah pun berjumpa dengan abang kepada Putera Harry, Putera Williams semasa di London dan beliau juga menyokong hubungan adiknya dengan Meghan.

Satu lagi sumber juga menyatakan bahawa Meghan juga mendapat sokongan daripada dalam Istana Kensington di mana 6 bulan selepas mereka berkenalan Putera Harry telah meminta bantuan daripada beberapa individu untuk membantu Meghan menyesuaikan diri.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid