Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York

Berita

Marc Jacobs Dihentam Kerana Gaya Rambut Dreadlocks di Minggu Fesyen New York

138

Oleh: Nur Sofea
 
Gambar: TPGimages dan Instagram
 
t73199374_max
 
Kontroversi yang melanda pereka fesyen terkenal Marc Jacobs kini bagaikan sudah ada penamatnya. Sebelum ini pereka fesyen berusia 53 tahun itu, dikecam di laman sosial media kerana isu “cultural appropriation” kerana menggunakan gaya dreadlock pada model berkulit putih termasuklah pada Kendall Jenner dan Gigi Hadid.
 
Hal ini menaikkan kemarahan orang ramai kerana gaya dreadlock merupakan budaya orang berkulit gelap. Ramai beranggapan bahawa Jacobs tidak sepatutnya mengenakan gaya rambut itu pada model berkulit putih.
 
https://www.instagram.com/p/BKZjP4hg1nP/?taken-by=radical.lizeth&hl=en
 
Berikutan dengan isu itu, Marc Jacobs cuba untuk mempertahankan dirinya di laman sosial media namun hal itu telah memburukkan lagi isu itu apabila kenyataan Jacobs tidak dapat diterima oleh orang ramai dan mereka telah membalas kenyataan Jacobs di Twitter.
 
Kini, Jacobs mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya d laman sosial media di Instagram.
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *