Luah Rasa Pertama Anna Faris Selepas Berpisah Dengan Chris Pratt

Luah Rasa Pertama Anna Faris Selepas Berpisah Dengan Chris Pratt

Kekecewaan peminat belum hilang dengan perpisahan dua pelakon hebat. Malah, punca perpisahan masih diperkatakan. Bagaimana pula Anna Faris berdepan dengan perpisahan ini?

 

Ada yang menyalahkan populariti aktor Chris Pratt akhir-akhir ini menjadikan hubungan mereka semakin hambar. Walhal mereka sering kelihatan di acara permaidani merah sebagai pasangan paling lucu dan bahagia. Siapa sangka seminggu lalu mereka mengumumkan perpisahan secara rasmi.

 

Setelah beberapa ketika menyepi, Chris Pratt muncul di Teen Choice Awards buat kali pertama setelah berpisah. Manakala Anna Faris pula meluahkan rasanya kepada peminat menerusi Unqualified podcast miliknya.

 

Hey dear listeners, I just want to thank you all so much for all the love I’ve been receiving, and I truly love you,” ujar Anna Faris pada pemulaan episod, menjadikan ini adalah kenyataan pertama beliau selepas berlakunya perpisahan.

 

Sememangnya perpisahan ini mendapat tumpuan dan puluhan mesej daripada peminat-peminat mereka berdua. Kedua-dua pelakon ini hidup bersama selama lapan tahun dan memiliki seorang anak.

See also
Bella Hadid Berang dan Kecewa Terhadap Tindakan Paparazzi

 

Sebelum ini Anna Faris mengumumkan perpisahannya menerusi Twitter. “Kami dukacita mengumumkan perpisahan kami secara rasmi. Anak kami memiliki dua ibu bapa yang menyanyanginya sepenuh hati dan demi kebaikannya kami mahu perpisahan ini berlaku secara peribadi pada masa akan datang. Kami saling mencintai di antara satu sama lain dan akan sentiasa menghargai saat-saat bersama.”

 

Menurut sumber, spekulasi  mengatakan mereka masih tinggal sebumbung. “We’re from the same place,” ujar Anna Faris kepada Happy Living. “We both know the same trees and smells and birds. It sounds corny, but those are things that ground us in everything outside of Hollywood.