Hubungan Antara Sofia Richie dan Scott Disick Mengejutkan Lionel Richie

Lionel Richie Gusar Akan Hubungan Anaknya, Sofia Richie, Bersama Scott Disick

Sebagai seorang ibu bapa, siapa sahaja yang tidak memikirkan perihal dengan siapa anak-anak mereka menjalinkan hubungan? Terutamanya jika anak perempuan anda yang berusia 19 tahun dikaitkan dengan lelaki berusia 34 tahun dengan tiga orang anak (not that there's anything wrong  menjadi seorang single father/mother)?

 

Namun itulah apa yang terjadi kepada penyanyi lagenda Lionel Richie apabila ditanyakan pendapatnya mengenai hubungan anak perempuan bongsunya Sofia Richie bersama Scott Disick yang sudah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen sejak kebelakangan ini.

 

"Saya terkejut atau tidak? Saya bapa dia, come on," ujar penyanyi tersebut kepada US Weekly yang berpeluang untuk mengajukan soalan yang bermain di fikiran ramai sewaktu dia sedang menjalani penggambaran uji bakat American Idol di New York baru-baru ini.

"I’m scared to death, are you kidding me?" jawabnya lagi kepada soalan adakah dia gembira dengan berita ini.

 

Scott yang dikurniakan tiga cahaya mata, Mason, tujuh, Penelope, lima, dan Reign, dua, bersama bekas pasangannya Kourtney Kardashian, mula dikaitkan bersama pada bulan Mei tahun ini tetapi mereka menyatakan bahawa mereka hanya teman biasa. Namun lain pula ceritanya apabila foto mereka bermesraan tersebar pada hujung bulan September dan juga baru-baru ini di mana mereka bercuti di Puerto Vallarta, Mexico.

 

Satu sumber daripada pihak pasangan ini juga tampil menyatakan semenjak mereka pulang ke Los Angeles, kedua-duanya enggan berpisah. Mereka meluangkan banyak masa bersama dan Sofia dikatakan sudah jatuh hati.

 

Foto Backgrid

Scott juga dikatakan berang dengan Kourtney yang kini juga sedang hangat bercinta dengan seoran model, Younes Bendjima, namun dia mengharapkan Scott akan bahagia dengan hubungannya sekarang walaupun dia merasakan hubungan ini agak aneh.

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse