Lady Gaga Menggegarkan Stadium Dengan Persembahan Separuh Masanya Untuk Super Bowl ke-51 - Glam Malaysia

Lady Gaga Menggegarkan Stadium Dengan Persembahan Separuh Masanya Untuk Super Bowl ke-51

Lady Gaga brought down the roof!

 

Lady Gaga memegun orang ramai dengan persembahan separuh masanya semasa Super Bowl ke-51 beberapa jam yang lalu.

 

Penyanyi pop terkenal itu memulakan persembahannya dengan menyanyikan lagu “God Bless America” dengan busana unitard berkilau oleh Versace di atas bumbung stadium tersebut.

 

Foto: John Angelillo/UPI Photo

Gaga kemudiannya terbang turun ke pentas megah di bawah dengan menggunakan wayar sebelum memulakan lagunya yang seterusnya iaitu “Poker Face” yang diiringi oleh aksi-aksi akrobatik yang dilakukan oleh Lady Gaga sendiri dan diikuti dengan persembahan lagu “Born This Way” yang sangat bertenaga.

 

Lady Gaga meneruskan lagi persembahannya dengan lagu “Telephone’” walaupun desas-desus menyatakan penyanyi pop terkenal Beyoncé akan mengiringi beliau untuk lagu itu tidak benar. Gaga mengenakan sepasang jaket bolero keemasan dengan duri-duri di bahunya untuk lagu “Just Dance”.

See also
10 BINTANG CIPTA HIGH DRAMA DI CANNES

 

Foto: Frank Micelotta/FOX/PictureGroup

Kemudiannya Gaga menyusul dengan persembahan penuh emosi untuk “Million Reasons”.

 

Foto: Dave Clements

Persalinan terakhir Lady Gaga untuk persembahannya yang memakan masa 13 minit merupakan baju cropped top berkilauan yang memberikan imej baju pemain American football dan juga sepasang seluar boyshorts untuk lagu “Bad Romance”.

 

Foto: Frank Micelotta/FOX/PictureGroup

Lady Gaga, Mother Monster, mengakhiri persembahannya dengan menangkap bola football  sambil melompat dari atas pentas.

 

Persembahan Lady Gaga untuk Super Bowl ini diinspirasikan oleh persembahan legenda pop Michael Jackson sendiri semasa Super Bowl 1993.