Lady Gaga Kalahkan Beyonce dan Taylor Swift - Glam Malaysia

Lady Gaga Kalahkan Beyonce dan Taylor Swift

 
Album terbaru Lady Gaga “Joanne” berjaya menduduki tempat pertama di carta Billboard 2016!
 
Ini bermakna dia telah mengalahkan Beyonce dan Taylor Swift apabila menjadi satu-satunya artis wanita yang berjaya merangkul kedudukan itu buat kali ke-4 berbanding mereka iaitu sebanyak tiga kali.
 

 
Antara albumnya yang pernah menduduki tangga tertinggi Billboard adalah Born This Way (2011), Artpop (2013) dan Cheek to Cheek (2014) sebuah album jazz dimana Gaga berkolaborasi bersama Tony Bennett.