Akuan Kylie Jenner Mengenai Kakaknya, Kendall Jenner

Hubungan Kylie Jenner dan Kendall Jenner Sebenarnya Renggang?

Tahukah anda frasa blood is thicker than water merupakan satu frasa yang dipendekkan daripada the blood of the covenant is thicker than the water of the wombWell now you know it!

 

Adik beradik Jenner, Kendall dan Kylie, boleh dianggap sebagai power sisters atau sister goals dengan kejayaan yang mereka kecapi bersama dan juga secara berasingan semenjak mereka diperkenalkan melalui rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians.

 

Serapat mana mereka pun, ada satu perkara yang menjengkelkan Kylie mengenai Kendall.

 

Dalam satu klip untuk mempromosikan rancangan realitinya sendiri “Life of Kylie”, Kylie sempat berkongsikan satu kenyataan “Saya membenarkan [Kendall] untuk meminjam apa sahaja yang dia mahu,” mula gadis 20 tahun itu.

 

“Dia selalu datang kepada saya dan memberitahu saya yang dia memerlukan pakaian dan saya biarkan sahaja dia meminjam pakaian saya. Kemudia apabila saya ke rumah dia pada suatu masa, ‘Kendall, I need a pair of sweats to go home.’ Dan dia akan memberi saya seluar dalam lama yang sangat tidak menyelesakan, seluar sweats lama, dana apa sahaja yang sudah lama dan berbau. Saya hanya boleh ucapkan ‘You’re so mean.’

See also
Lima Beg Tangan Andalan Sharifah Rose

 

Who whould’ve thought adik beradik jutawan seperti Kendall dan Kylie juga boleh mempunyai masalah sebegini?

 

“Saya tidak rasa Kendall dan saya boleh menjadi rakan jikalau kami bukan adik beradik,” ujar Kylie dalam klip itu juga membuktikan perbezaan antara dirinya dan kakaknya.