Kritikan Kendall Jenner Megundang Amarah Model Antarabangsa

Berita

Kritikan Kendall Jenner Megundang Amarah Model Antarabangsa

537

Oh, Kendall, Kendall, Kendall.

 

Jika tahun lalu Kendall Jenner terpaksa berdepan dengan backlash yang teruk ikutan iklan Pepsi dibintanginya yang dianggap memperlekehkan isu hangat yakni keganasan pihak polis terhadap orang Afrika Amerika, kini Jenner sekali lagi terperangkap dalam kontroversi yang melibatkan rakan-rakan model. Majalah Love meraikan ulangtahun ke-10 mereka dengan menampilkan Jenner sebagai penghias muka hadapan mereka yang dilihat bergaya topless dalam beberapa gambar yang diterbitkan. Minggu lalu Love telah kongsikan sekeping gambar daripada spread tersebut dan pada bahagian kapsyen pula mereka memetik kata-kata Jenner: “Since the beginning we’ve been super selective about what shows I would do. I was never one of those girls who would do like 30 shows a season or whatever the f*ck those girls do. More power to ‘em. But I had a million jobs, not only catwalks but everything else. The whole combination was very overwhelming and I started to freak out a little bit and needed to take a step back.” Hal ini membuatkan dia “was on the verge of a mental breakdown.”

 

Niat Jenner meluahkan semua ini mungkin mahu memberitahu bahawa dia lebih mendahulukan kesihatannya daripada kerja namun “those other girls” yang diperkatakan itu menganggap Jenner memandang rendah usaha keras mereka untuk kekal dalam industri fesyen yang dianggap cutthroat ini. Beberapa model tampil menyangkal kenyataan Jenner bahawa tidak ramai mempunyai keistimewaan sepertinya untuk memilih pertunjukan mana mereka mahu lakukan. Malah ia sesuatu yang harus mereka lakukan untuk menyara hidup mereka. Model Daria Strokous menyuarakan pendapatnya dengan beberapa foto menampilkan model-model ternama seperti Kate Moss, Jourdan Dunn, Coco Rocha, Natasha Poly dan ramai lagi yang berjalan di atas pentas peragaan sebanyak yang mungkin walaupun mereka sudah menempa nama untuk diri mereka sendiri. “Whatever the f**k those girls do’ is do their very best to make their way up AND try to make some money so that they can provide for themselves and their families,” ujar Strokous sebelum menambah “Oh, and it’s 70 shows a season by the way and we are all f**king proud of every single one of the girls that did it.”

 

Selain Strokous, Teddy Quinlivan, Marine Deleeuw, Julia Banas, Sarah Brannon, Jac Jagaciak, Peyton Knight, Julia RatnerAmber Witcomb, Leomie Anderson, dan Irina Đuranović juga tampil bersuara.

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse


Your email address will not be published. Required fields are marked *