Koleksi 'Paris In Rome' Chanel kini di KLCC - Glam Malaysia

Koleksi ‘Paris In Rome’ Chanel kini di KLCC

Karl Lagerfield sekali lagi berkolaborasi bersama dengan pelakon terkenal, Kristen Stewart untuk kempen terbarunya, Metiers d’art Paris in Rome 2015/16. Kristen Stewart sebelum ini pernah menjadi wajah kempen Chanel untuk Metiers d’art Paris-Dallas 2013/14, koleksi kaca mata Spring-Summer 2015 dan koleksi beg tangan 11.12 serta turut menjadi wajah untuk koleksi eye makeup terbaru.
 
Untuk kempen Paris in Rome, Stewart dirakam di sebuah apartment di Paris dalam suasana yang mewah. Dia kelihatan menggoda dengan solekan smokey eyes, bergincu merah dengan gaya rambut, tousled bob. Bak pelakon wanita yang menggoda dalam filem Itali hitam dan putih, Stewart menayangkan sisi seksinya melalui siluet hitam dan putih lantas mencipta kontra.  Koleksi gabungan renda dan kulit, tampak anggun dengan ceraian yang disokong aksesori saiz XXL.
 
Antara busana yang menarik perhatian ialah seluar ketat yang dijahit dengan ceraian lace kemudian dipadukan bersama two-toned mules. Seluar ini tampak lebih eksklusif digayakan dengan kot atau pakaian kulit.
 
Seperti tema untuk keseluruhan koleksi, ceraian lace turut dijahit pada skirt pensil dan digayakan dengan jaket sutera tulle bersulamkan manik-manik dan tampak lebih menggoda jika dipakai tanpa sebarang baju atau kain dibawah. Ia halus bergabung dengan sutera chiffon untuk digunakan sebagai pakaian harian mahupun dimodifikasikan menjadi dress dengan hiasan seperti butang atau black satin bows.
 
Koleksi ini juga turut memperkenalkan beg 2.55 versi baru. Koleksi beg tangan ini merupakan satu variasi elegan dari rumah fesyen ikonik ini dengan rekaan minimalis chic dan tarikan aura Paris. Satu lagi inovasi baru yang terus menyambung cerita mewah rumah fesyen ini.
 
Koleksi Paris di Rome kali ini memberikan rasa elegan dan aura feminin yang menggambarkan rekaan unik savoir-faire daripada Matiers d’art hasil kreativiti Karl Lagerfeld.
 
Koleksi ini boleh didapati di butik Chanel KLCC dari Jun 2016.
 
[soliloquy id="48574"]
[soliloquy slug="chanel-kristen-stewart"]