Kolaborasi Eksklusif Laverne Cox dan Beyoncé - Glam Malaysia

Kolaborasi Eksklusif Laverne Cox dan Beyoncé

Sebagai seorang bintang Hollywood, kelibat artis-artis serta pelakon sudah patut menjadi kebiasaan buat mereka. Namun ceritanya berbeza dengan Laverne Cox, pelakon transgender, penerima pencalonan anugerah Emmy, dan aktivis untuk komuniti transgender, apabila dia berpeluang untuk berjumpa dengan idolanya Beyoncé.

 

Selain daripada dapat berjumpa dengan penyanyi popular itu dalam satu detik yang sangat bermkana buat pelakon tersebut, Cox juga telah berkongsikan berita gembira melalui akaun Instagramnya yang dia akan melancarkan projek kolaborasi bersama Beyoncé yang akan diberi lebih penjelasan pada 6 September ini.

 

Klip yang dikongsikan Cox itu adalah daripada temubualnya bersama Access Hollywood dan dalam video penuh juga dia enggan menyatakan butiran lain selain daripada maklumat yang dia telah kongsikan. Hanya dia menyatakan dia sendiri terkejut dengan berita kolaborasinya ini.

 

“Secara jujurnya saya tidak tahu bagaimana ini boleh terjadi. Saya berfikir, adakah dia memilih peminat terbesarnya dan membenarkan mereka untuk bekerjasama dengannya?” ujar Cox.

See also
Daphne Iking: Part-time Celebrity, Full-time Supermom!