Kim Kardashian telah tweet pada akaunya bahawa bermula dengan “Medium“, setiap satu rona warna kit kontur itu yang lain telah pun habis dijual kepada peminat, dalam masa 10 minit sahaja! Wakil KKW Beauty telah mengesahkan bahawa mereka bakal restock kit-kit tersebut dalam masa yang terdekat.

 

Namun, pihak rupawan itu enggan dedahkan berapa banyak kit yang dijual dalam satu hari. Women’s Wear Daily menganggarkan bahawa jenama itu pastinya sudah mempunyai sekurang-kurangnya 300,000 produk sebelum pelancaran. Jika maklumat sebegitu tepat, KKW Beauty meraih lebih $14 juta (RM60 juta) dari jualan Rabu sahaja!