Kim Kardashian West Enggan Berdiam Diri Terhadap Ketidakadilan

Kim Kardashian West Tekad Membantu Mangsa Ketidakadilan Undang-Undang

Kim Kardashian West, seorang bintang realiti, usahawan wanita, fashionista dan kini menambah adiwira sebagai kariernya.

 

Untuk pengetahuan anda semua, baru-baru ini dunia dikejutkan dengan tindakan mahkamah yang membuat keputusan untuk menghukum Cyntoia Brown, seorang remaja yang berusia 16 tahun semasa didakwa, dengan hukuman penjara yang tidak adil dan dibenarkan mendapat parol apabila dia mencecah 69 tahun?

 

Semua ini hanya kerana dia membuat keputusan untuk menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa pemerdagangan  seks dengan menembak mati lelaki yang bertanggungjawab merosakkan hidup gadis ini.

 


See also
Apakah Gelaran Rasmi Meghan Markle Sebagai "Puteri" Terbaru United Kingdom?

Kim yang berkemampuan untuk membantu dengan kedudukan dan pengaruhnya telah mendapatkan khidmat peguam handal untuk mengendalikan kes ini dan juga kes Alice Johnson “a 62-year-old grandmother and former FedEx worker… 21 years into a life sentence for her first-time, nonviolent drug conviction.”

 

Kedua-dua kes ini telah diketengahkan oleh ACLU untuk memberi kesedaran terhadap ketidakadilan ini dan semenjak kes-kes sebegini menjadi tular, ramai selebriti telah tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem undang-undang mereka.

 

Peguam yang telah dipilih oleh Kim adalah seorang peguam wanita di LA, Shawn Holley yang pernah mengendalikan kes-kes berprofil besar seperti Tupac dan Nicole Richie, Paris Hilton, dan Lindsay Lohan. Shawn juga pernah bekerjasama dengan mendiang bapa kim, Robert Kardashian.

 

“Kim telah meminta bantuan saya beberapa minggu yang lalu untuk membantu memberikan keadilan kepada Alice Johnson. Kami kemudiannya mula berbincang dengan pasukan guaman Alice… Sejak itu, Kim juga telah bersuara untuk kes Cyntoia Brown dan telah meminta saya untuk membantu dalam kes ini juga,” terang Shawn kepada NY Daily News.