Kim Kardashian Kembali Ke Industri Hiburan? - Glam Malaysia

Kim Kardashian Kembali Ke Industri Hiburan?

Sudah 2 bulan berturut-turut bintang rancangan realiti Kim Kardashian menyepikan diri dari pihak umum semenjak kejadian rompakan yang dialaminya di Paris dan kini dia muncul kembali (walaupun bukan secara rasmi) melalui video yang dikeluarkan oleh kalendar Love Advent 2016.

 

Kim telah membuat kemunculan (surprisingly) dalam video kalendar Love Advent 2016 tersebut untuk hari ke-12 selepas video Doutzen Kroes yang dikeluarkan untuk hari ke-11.

 

 

Video yang menampilkan Kim tersebut mempunyai ciri-ciri alam cakerawala di mana Kim mengenakan sepasang kot bulu dan di bawah kot itu dia memakai set persalinan lingerie merah jambu pastel oleh Agent Provocateur dan dilengkapi dengan kasut tumit tinggi metalik.

 

Video yang diarahkan oleh penerima anugerah Emmy, James Lima itu diakhiri dengan perkataan “keamanan di atas bumi”.

 

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid