Keputusan Berani Emma Watson Disanjung Ramai! - Glam Malaysia

Keputusan Berani Emma Watson Disanjung Ramai!

This is why she has our hearts.

 

 

Sejak kebelakangan ini, korset telah menjadi salah satu trend terpenting musim ini. Ia dapat dilihat di gaya jalanan gadis fesyen seperti Gigi Hadid, hinggakan ke rumah fesyen gergasi seperti Maison Martin Margiela dan Prada semasa pertunjukan fesyen mereka yang baru berlalu. Ia mungkin dilihat sebagai suatu yang in dalam dunia fesyen tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ia mengehadkan pergerakkan fizikal!

 

Emma Watson baru-baru ini dikhabarkan enggan memakai  korset buat wataknya sebagai Belle dalam filem live-action Beauty and the Beast. Sebagai jurucakap buat hak wanita, keputusan beliau tidak mendatangkan kejutan besar. Pelakon jelita itu turut memberitahu Entertainment Weekly bahawa beliau memainkan peranan besar dalam pembentukan semula identiti puteri ikonik Disney itu.

 

 

Dan korset bukan salah satu yang dipersetujui. Emma berganding bahu bersama pencipta serta pereka kostum filem itu, Jacqueline Durran bagi menggubah semula gaya serta personaliti buat watak Belle, di samping menuntut ilmu menunggang kuda!

See also
Perkahwinan Kim Kardashian dan Kanye West Goyah Sekejap

 

Sehingga tahap tertentu, filem Disney itu berkontra dengan cerita asalnya yang hanya meletakkan wanita [terutamanya Belle] sebagai menghembus nafsu. Namun filem live-action itu mengatasi stereotaip yang dilemparkan ramai sebelum ini dengan meraikan wanita melalui personaliti, kemahiran pergerakan serta aksi dan bukan hanya pada penampilan sahaja.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah