Kendall Jenner Menempis Tuduhan Pembedahan Plastik - Glam Malaysia

Kendall Jenner Menempis Tuduhan Pembedahan Plastik

A photo posted by Kendall (@kendalljenner) on


 

Selalunya bibir milik Kylie Jenner yang sering dijadikan topik perdebatan mengenai keasliannya tetapi baru-baru ini selepas sesi Facebook Live oleh Kendall dan Kylie, orang ramai mula menunjukkan kemusykilan mengenai bibir Kendall selepas adiknya menyolek si kakak.

 

A photo posted by Kendall (@kendalljenner) on


 

Kesannya begitu pantas sehingga Kylie menggunakan Snapchatnya sendiri untuk menjernihkan situasi tersebut dan menyatakan bahawa Kendall tidak pernah membuat apa-apa terhadap bibirnya.

 

Sejurus itu, keadaan mula tenang sehingga kini secara tiba-tiba Kendall mengongsikan luahan hatinya untuk peminat-peminatnya mengenai bibirnya:

Semasa saya delete Instagram saya pada November lalu, orang ramai berkata “Kendall delete akaunnya untuk menjalani pembedahan pembinaan semula muka!” Saya rasa mereka mungkin bercakap mengenai hari Kylie dan saya mengadakan sesi livestream untuk buku kami. Kami terpaksa bergesa jadi saya membenarkan Ky untuk menyolek saya. Saya tidak pernah memakai lip liner atau gincu melainkan gincu berwarna merah kebiasaannya. Saya membiarkan sahaja solekan tersebut keran kami sedang bergegas. Saya sukakan solekan saya. Saya tidak pernah menyatakan ini, tetapi saya rasa sangat cantik [waktu itu].

 

Secara tiba-tiba, foto-foto kami tersebar dengan tajuk berita seperti, “OMG Kendall got her lips done and got full facial reconstruction–look at her cheekbones, look at her nose!” Kylie ternampak kesemuanya dan berasa sangat bersalah lalu menggunakan Snapchat dan mengaku kesalahannya [yang bukan salah Kylie pun].

 

Semua ini memenatkan. Sebagai seorang model, kenapa saya perlu mengubah muka saya? Ianya tidak masuk akal. Ianya gila kerana kadang-kadang orang ramai hanya mahukan saya kalah.

 

Orang lupa yang mereka sedang berkata tentang orang benar yang mempunyai perasaan dan menjalani kehidupan mereka seperti orang lain.

 

See also
Elton John Bakal Menghasilkan Adaptasi Muzikal 'Devil Wears Prada'

Anda semua perlu mengingati walaupun selebriti-selebriti sentiasa menjadi perhatian umum, mereka juga hanyalah manusia biasa. Jaid berhati-hatilah dengan kata-kata anda.