Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000 - Glam Malaysia

Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000

Foto: Mehdi Taamallah/NurPhoto

Lebih kurang enam bulan selepas kejadian rompakan yang mengejutkan Kim Kardashian di Paris pada Oktober tahun lepas, adiknya Kendall Jenner pula menjadi sasaran perompak.

 

Namun laporan daripada pihak polis di sana mengatakan ini bukan satu rompakan tetapi kehilangan akibat orang dalam.

 

Jenner melaporkan kehilangan beberapa barang kemasnya (bernilai dalam $200,000) selepas beberapa jam berada di rumahnya di Hollywood.

 

Pihak polis juga melaporkan bahawa Jenner meninggalkan beberapa orang temannya di rumah sebelum pulang semula dan mengenal pasti kehilangan barangan miliknya.

 

Sumber turut menyatakan bahawa tidak ada sebarang kesan pecah masuk di sekeliling rumah Jenner.

 

Mengikut laporan CBS Los Angeles, kes Jenenr ini merupakan salah satu daripada kes rompakan yang berlaku pada selebriti-selebriti di Hollywood baru-baru. Alanis Morisette kehilangan barang kemas bernilai hampir $2 juta pada bulan Februari dan Nicki Minaj mengalami kerugian sebanyak $200,000 selepas rumahnya dirosakkan oleh individu-individu tidak dikenali.

See also
Ikrar Taylor Swift Selepas Menang Kes Raba, Mengumpul Dana Buat Mangsa Serangan Seksual