Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen - Page 4 of 5 - Glam Malaysia

Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen

Sejak kebelakangan ini, YAM Tunku Tun Aminah telahpun menjadi buah mulut satu Malaysia. Hal demikian kerana  beliau dikhabarkan bakal mengikat tali perkahwinan bersama seorang jejaka Dutch bernama Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos nanti.

 

Sehubungan itu, puteri kerabat diraja negeri Johor, yang mesra disapa sebagai "Tunku Inah" ini terus menarik perhatian rakyat marhaen bukan sahaja kerana berita gembira itu; ia juga bersebabkan karakter beliau sebagai seorang individu -- beliau sememangnya berwatakan manis belaka, di samping sering tampil anggun bergaya! GLAM senaraikan perihal-perihal puteri cukup jelita ini yang anda pasti tidak tahu!

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Di-chaffeur bersama limosin pink khas!

Walaupun memang sudah pasti bahawa rata-ratanya, kebanyakkan puteri-puteri diraja sering dibawa ke hulu dan ke hilir menaiki kereta mewah seperti Mercedes-Benz atau BMW, Tunku Inah memilih untuk dipandu (dan kadang kalanya memandu) limosin Rolls-Royce Phantom yang ditempah khas buatnya. Limo one-of-a-kind ini disalut cat metalik bewarna pink, dalamannya juga turut dipadankan dengan rona sama! She definitely is the realest princess of all!