Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen - Page 2 of 5 - Glam Malaysia

Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen

Sejak kebelakangan ini, YAM Tunku Tun Aminah telahpun menjadi buah mulut satu Malaysia. Hal demikian kerana  beliau dikhabarkan bakal mengikat tali perkahwinan bersama seorang jejaka Dutch bernama Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos nanti.

 

Sehubungan itu, puteri kerabat diraja negeri Johor, yang mesra disapa sebagai "Tunku Inah" ini terus menarik perhatian rakyat marhaen bukan sahaja kerana berita gembira itu; ia juga bersebabkan karakter beliau sebagai seorang individu -- beliau sememangnya berwatakan manis belaka, di samping sering tampil anggun bergaya! GLAM senaraikan perihal-perihal puteri cukup jelita ini yang anda pasti tidak tahu!

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Cahaya mata perempuan tunggal

Beliau dilahirkan sebagai YAM Tunku Aminah Maimunah Iskandariah kepada pasangan teratas dalam kerabat diraja Johor, yakni DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama permaisurinya, YMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah pada 8 April 1986. Tunku Inah mempunyai 6 adik-beradik dan beliau merupakan puteri tunggal keluarganya.