Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen - Glam Malaysia

Kenali Tunku Tun Aminah: Jelita, Mesra & Tulen

Sejak kebelakangan ini, YAM Tunku Tun Aminah telahpun menjadi buah mulut satu Malaysia. Hal demikian kerana  beliau dikhabarkan bakal mengikat tali perkahwinan bersama seorang jejaka Dutch bernama Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos nanti.

 

Sehubungan itu, puteri kerabat diraja negeri Johor, yang mesra disapa sebagai “Tunku Inah” ini terus menarik perhatian rakyat marhaen bukan sahaja kerana berita gembira itu; ia juga bersebabkan karakter beliau sebagai seorang individu — beliau sememangnya berwatakan manis belaka, di samping sering tampil anggun bergaya! GLAM senaraikan perihal-perihal puteri cukup jelita ini yang anda pasti tidak tahu!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Jenama kecantikan sendiri

Beliau mempunyai jenama produk kecantikannya tersendiri, iaitu “Luvins: The Royal Art of Beauty”. Nama yang diberi kepada set penjagaan kulit ini merupakan portmanteau kepada perkataan “Luv Ina”, dan dikilangkan di Johor Bahru.