Kebenaran Kisah Cinta Ain Edruce dan Miller Khan

Kebenaran Di Sebalik Cinta Ain Edruce Bersama Miller Khan

Lima tahun selepas mereka berpisah, rasa cinta masih lagi terpendam dalam lubuk hati mereka. Apakah takdir yang bakal dihadapi pasangan ini?

 

Foto Blu Inc Media

Chemistry antara aktres tempatan Ain Edruce dan aktor Malaysia-Indonesia Miller Khan jelas terpapar melalui teaser yang dikongsikan oleh GLAM sebelum ini sehingga timbul persoalan akan status mereka dan juga kesahihan hubungan mereka. Usah gusar buat peminat-peminat dua selebriti ini kerana mereka hanya berganding sebagai pasangan on-screen buat mini drama produksi Blu Inc Media Sdn Bhd (Cosmopolitan, EH!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, dan Jelita) sempena acara istimewa, Inspirasi Cinta, yang bakal berlangsung 9 April ini. Saksikan teaser episod pertama ini dan nantikan episod penuhnya 23 Mac ini!