Kate Middleton Menyebabkan Jenama Fesyen Ini Lingkup Dengan "The Kate Effect" - Glam Malaysia

Kate Middleton Menyebabkan Jenama Fesyen Ini Lingkup Dengan “The Kate Effect”

Selalunya apabila seseorang selebriti mahupun mereka yang mempunyai nama dan reputasi dalam industri fesyen memakai pakaian oleh mana-mana pereka pun, rekaan mereka pasti akan lebih dikenali.

 

Tetapi untuk seorang pereka fesyen Danielle Helayel pula, jenama dan perniagaanya “Issa” berubah dengan drastik sehinggakan dia terpaksa meninggalkan jenamanya sendiri pada tahun 2013.

 

Segalanya bermula apabila Duchess of Cambridge, Kate Middleton memakai dress berona biru rekaan Daniella semasa membuat pengumuman mengenai pertunangannya bersama Putera William pada tahun 2010.

 

Daniella menyatakan kepada Daily Mail yang dia baru sahaja pulang dari kelas yoganya apabila temannya memberitahunya mengenai pertunangan royalty itu. Daniella tidak sedar pun pada masa itu yang Kate telah memakai dress rekaannya sehingga telefon di pejabat mereka berdering tanpa henti.

 

“Dress itu tidak mempunyai nama, saya hanya menggelarnya DJ157; saya kenal semua dress saya melalui nombor stail mereka. Saya tidak tahu pun Kate akan memakai rekaan saya. Kebiasaannya dia akan datang ke studio, tetapi dia juga sering membeli-belah di Fenwick dan saya rasa dia membeli dress berona biru itu di situ,” terang Daniella lagi.

See also
Coach x Tom Wesselmann, Mengedepankan Spirit Optimis

 

Daniella bersama barisan model untuk koleksi A/W ’13 Issa.

Pereka itu menggelarkan fenomena ini sebagai “The Kate Effect” di mana apa sahaja yang dipakai oleh Kate selalunya mendapat sambutan positif tetapi lain pula halnya untuk Daniella. Dia terpaksa bergelut dengan apa yang dia ada untuk menepati permintaan mereka yang mahukan dress seperti Kate itu.

 

Dress tersebut habis dijual dalam jangka masa 5 minit selepas Kate muncul sambil memakainya.

 

Daniella Helayel semasa pertunjukan koleksi terbarunya Dhela tahun lepas.

Jualan mereka berganda sejurus itu dan Daniella tidak mempunyai peruntukan penghasilan secara besaran. Pihak bank pula enggan memberikan dia sebarang kredit dan kilang pula sudah meminta dia membayar bil mereka.

 

Daniella terpaksa mencari pelaburan untuk menampung permintaan pelanggannya walau bagaimanapun, selepas beberapa perselisihan faham, dia akhirnya meninggalkan syarikatnya untuk mencari haluan baru.