Kate Middleton dan Putera William Ingin Membesarkan Keluarga Mereka? - Glam Malaysia

Kate Middleton dan Putera William Ingin Membesarkan Keluarga Mereka?

Dalam kesibukan mereka bersiap sedia untuk berpindah ke London, Duchess of Cambridge Kate Middleton dan suaminya, Duke of Cambridge Putera William juga tidak melupakan manjalankan tanggungjawab mereka sebagai kerabat diraja England.

 

Kate dan Putera William bersama-sama Putera George dan Puteri Charlotte baru sahaja tiba di Poland sebagai salah satu lokasi jelajah diraja rasmi bagi pihak Istana Kensington.

 

Foto: John Rainford/WENN.com

Sejurus mereka tiba di lapangan terbang, Kate dan Putera William disambut mesra oleh warga Poland dan memberi kedua-dua pasangan diraja ini hadiah dalam pelbagai bentuk.

 

Satu hadiah menarik perhatian terutamanya Kate apabila diterangkan bahawa hadiah yang diterimanya itu lebih sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil daripada Putera George dan Puteri Charlotte.

 

Foto: John Rainford/WENN.com

Kate yang merasa teruja terus berpaling ke arah suaminya sebelum menyatakan, “Kita perlukan lebih ramai bayi selepas ini.” Kenyataan tersebut menyebabkan ramai berspekulasi bahawa mereka mungkin sedang merancang untuk membesarkan keluarga mereka selepas ini.

See also
Tranformasi Dramatik Cara Delevingne Dengan Rambutnya

 

Kate sendiri membesar dengan dua orang lagi adik-beradik dan walaupun Putera William membesar hanya dengan Putera Harry, nendanya sendiri Ratu Elizabeth dikurniakan empat orang zuriat.