Karl Lagerfeld Pula Akan Menggayakan Melania Trump? - Glam Malaysia

Karl Lagerfeld Pula Akan Menggayakan Melania Trump?

Melania Trump memakai kot bertemakan militari oleh Norisol Ferrari baru-baru ini.
Foto: Pool/CNP/INSTARimages.com

Baru sahaja dilaporkan kemungkinan besar bahawa Ralph Lauren akan menggayakan First Lady terbaru Melania Trump untuk Majlis Perasmian suaminya President-Pilihan Donald Trump tambah pula seorang lagi pereka fesyen yang bakal menggayakan Melania.

 

Memandangkan Melania memerlukan dua pakaian utama, satu untuk Upacara Angkat Sumpah Jawatan dan lagi satu untuk majlis perasmian pada waktu malamnya, WWD telah melaporkan satu lagi nama pereka fesyen yang akan menggayakan Melania pada hari berperistiwa tersebut: Karl Lagerfeld. Pereka fesyen German yang merupakan ketua pereka dan pengarah kreatif untuk jenama besar Chanel, Fendi dan juga jenamanya sendiri.

 

Foto: TPG

Laporan tersebut tidak pula menyatakan bahawa Karl akan menggayakan Melania di bawah nama Chanel, Fendi, ataupun jenamanya sendiri? Disebabkan kedua-dua pereka ini mempunyai gaya yang berbeza dalam rekaan mereka, boleh dikatakan bahawa Ralph akan mereka pakaiannya pada waktu siang dan Karl pula akan mereka pakaian Melania pada waktu malam?

See also
Pharrell Williams Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016

 

Foto: TPG

Seperti Ralph Lauren, Karl tidak pernah menunjukkan minatnya dalam isu-isu politik, kemungkinan beliau menggayakan Melania di sebalik kontroversi yang meletus dalam dunia fesyen di mana pereka-pereka fesyen berbelah bagi dalam hal menggayakan Melania sejurus selepas keputusan pilihanraya diumumkan merupakan satu pertanyaan yang besar.

 

Mungkin kerana Karl lebih dikenali dengan perangainya yang suka melakukan sesuatu yang berbeza menjadi pencetus keinginannya untuk menggayakan Melania Trump.

 

Maklumat ini juga tiada kepastian dan tiada juga yang menidakkan informasi jadi kita tunggu dan lihat apa yang bakal digayakan Melania Trump pada hari tersebut.