Model Lelaki Mendakwa Sebagai Mangsa Gangguan Seksual Oleh Jurufoto Terkenal

Jurufoto Ternama Mario Testino and Bruce Weber Berdepan Dakwaan Gangguan Seksual Daripada Model Lelaki

Sebelum ini The New York Times merupakan penerbitan pertama yang membuat liputan secara menyeluruh dan eksklusif tentang dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap penerbit dan pemangsa seksual Harvey Weinstein yang telah mencetuskan satu fenomena di mana mangsa gangguan seksual terdorong untuk tampil dan berkongsikan kisah mereka berhadapan dengan kesalahan seksual yang dilakukan oleh individu-individu yang menyalahgunakan kuasa mereka dalam industri.

 

Kini penerbitan terkenal itu tampil sekali lagi dengan dakwaan terbaru melibatkan dua jurufoto ternama Mario Testino dan Bruce Weber yang hasil kerja mereka seringkali terpampang dalam penerbitan semua edisi Vogue dan terbitan Condé Nast.

 

Dakwaan-dakwaan ini adalah menurut testimoni beberapa orang model lelaki dan juga pembantu lelaki yang pernah bekerjasama dengan dua jurufoto ini.

 

15 orang model lelaki tampil dengan keterangan mereka terhadap Bruce Weber, jurufoto yang terkenal dengan kerjanya untuk Calvin Klein, dengan kenyataan yang tidak senang untuk didengar seperti “unnecessary nudity and coercive sexual behavior” yang sering berlaku sewaktu sesi penggambaran.

See also
Pelancaran Dior La Collection Privee

 

Mereka juga mengimbas kembali detik peribadi bersama Weber, dia akan meminta mereka menanggalkan pakaian dan melakukan senaman pernafasan dan tenaga. Senama itu memerlukan mereka menyentuh tubuh badan mereka sendiri dan juga Weber dan menggerakkan tangan mereka mengikut “tenaga” tersebut.

 

Model Robyn Sinclair menyatakan, “I remember him putting his fingers in my mouth, and him grabbing my privates. We never had sex or anything, but a lot of things happened. A lot of touching. A lot of molestation.”

 

Dakwaan terhadapa Mario Testino pula melibatkan 13 model dan pembantu lelaki mendakwa dia melakukan gangguan seksual terhadapa mereka melibatkan raba dan onani.

 

Seperti yang dijangka, kedua-dua belah pihak telah menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh lelaki-lelaki ini.

 

I’m completely shocked and saddened by the outrageous claims being made against me, which I absolutely deny,” ujar Weber.

 

Anna Wintour, ketua pengarang Vogue dan Pengarah Artistik Condé Nast sendiri telah tampil untuk memberikan kenyataan bagi pihak Vogue.

Today, allegations have been made against Bruce Weber and Mario Testino, stories that have been hard to hear and heartbreaking to confront. Both are personal friends of mine who have made extraordinary contributions to Vogue and many other titles at Condé Nast over the years, and both have issued objections or denials to what has emerged. I believe strongly in the value of remorse and forgiveness, but I take the allegations very seriously, and we at Condé Nast have decided to put our working relationship with both photographers on hold for the foreseeable future.