Jimmy Choo Sediakan Servis Made-to-Order Di Malaysia untuk Masa Terhad - Glam Malaysia

Jimmy Choo Sediakan Servis Made-to-Order Di Malaysia untuk Masa Terhad

Oleh: Nur Sofea
 
Bagi anda yang inginkan rekaan kasut tumit tinggi sendiri, Jimmy Choo memperkenalkan servis Made-to-Order yang boleh didapati secara eksklusif di butik Jimmy Choo di Pavilion, Kuala Lumpur. Servis ini akan dilancarkan dari 8 September sehingga 8 Oktober 2016 sahaja.
 
[soliloquy id=”52967″]
 
Servis Made-to-Order ditawarkan kepada pelanggan dengan pelbagai gaya signature dari Jimmy Choo yang boleh direka semula dalam pelbagai warna, tekstur dan kemasan yang bersesuaian dengan gaya peribadi anda. Servis Made-to-Order juga turut beri peluang pelanggan mereka tapak kasut dengan initials monokrom dan/atau time plate, dan ini sesuai untuk hadiah hantaran antara pengantin perempuan dan lelaki.
 
Melengkapi servis Made-to-Order ini turut memberikan peluang kepada pelanggan untuk customize evening bag dengan mengukir nama atau tarikh istimewa pada plak logam beg tersebut. Di samping itu, anda juga turut berpeluang untuk memilih warna beg anda dan juga warna plat logam anda sama ada perak atau emas.
 
Untuk rekaan Celeste evening clutch pula, pelanggan boleh memilih antara skrip kristal statement Jimmy Choo atau minimal cube clasp sebagai perincian pada clutch anda.
 
[soliloquy id=”52983″]
 
[soliloquy id=”52999″]

See also
Tangisan Kim Kardashian West Angkara Kanye West