Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google - Glam Malaysia

Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google

Syarikat teknologi terbesar dunia Google baru-baru ini telah bekerjasama dengan dua nama besar dunia fesyen, Jeremy Scott dan Opening Ceremony, untuk menghasilkan phone case interaktif berteknologi tinggi dengan rekaan yang menarik.

Jeremy Scott serta Carol Lim dan Humberto Leon dari Opening Ceremony telah mengongsikan kreativiti mereka dengan Google melalui rekaan-rekaan yang menarik dan unik mengikut gaya mereka yang tersendiri.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Apa yang membuatkan phone case ini berbeza dengan apa yang sudah ada di pasaran sekarang adalah cip NFC yang diletakkan di dalam phone case ini membolehkan phone anda mengesannya apabila phone case tersebut dipasangkan.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Setelah dikesan anda juga boleh menggunakan rekaan phone case tersebut sebagai screen saver anda. Selain itu latar belakang telefon bimbit anda juga boleh dicustomisekan dengan emoji-emoji yang bergerak-gerak.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Rekaan oleh Jeremy Scott.

Bagi pengguna iPhone, sorry tapi produk ini hanya terdapat untuk model telefon Google’s Pixel, Pixel XL, Nexus 5X dan Nexus P6 sahaja. Keep your fingers crossed though! Apple mungkin akan mengejutkan anda?

See also
'Kontroversi' Karl Lagerfeld & Dress Karpet Merah Meryl Streep

Oleh: Ai Nazmi Norzaid