Jennifer Lopez Menafikan Abs-nya Telah Di-Photoshop - Glam Malaysia

Jennifer Lopez Menafikan Abs-nya Telah Di-Photoshop

Kenapa ada individu yang merasakan ia menjadi satu tanggungjawab mereka untuk menjatuhkan orang lain dengan mengkritik rupa fizikal seseorang? Sudah sudah please.

 

Penyanyi dan pelakon yang dulu pernah dikenali sebagai “Jenny from the Block” Jennifer Lopez pula menjadi mangsa kritikan netizen kerana satu foto yang dikongsikannya.

 

Ayyyyy… ?

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo) on

Lopez, 48, berkongsikan sekeping foto beliau bergaya di depan cermin dengan mengenakan crop top Guess menampilkan kawasan perutnya yang mempunyai abs dan hanya kerana setompok kekotoran pada cerminnya, beberapa orang pengikutnya menuduh wanita tersebut telah menggunakan Photoshop untuk menyunting gambar tersebut.

 

Walaupun ramai peminat Lopez yang tampil untuk mempertahankannya, penyanyi tersebut tampil sendiri untuk meleraikan sebarang persengketaan dalam kalangan peminatnya dengan meninggalkan komen:

 

Sangat tidak logik untuk menuduh Jennifer Lopez menyunting fotonya untuk mendapatkan tubuh badan seperti itu kerana dia merupakan seorang penari yang aktif dan dia juga sering ke gim untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

See also
Sebuah Era Berakhir, Colette Labuhkan Langsir

 

Try again, losers.