Goodbye Instagram & Twitter, Love Meghan Markle

Jejak Meghan Markle Di Media Sosial Kini Lesap

Foto Jonathan Hordle/WENN.com

Beberapa bulan sahaja lagi sebelum Meghan Markle dan Putera Harry bakal meterai perjanjian cinta mereka di Gereja St. George di Istana Windsor dia telah menerima kasih sayang rakyat jelata England.

 

Dengan tugas barunya nanti sebagai Duchess-to-be Meghan nampaknya sudah mula menyesuaikan diri dengan gaya hidupnya yang baru ini. Walaupun dia sudah “melanggar” beberapa tradisi diraja; dia merupakan janda Amerika pertama yang dapat menghawini seorang ahli kerabat tanpa sebarang tentangan dan sewaktu perkahwinannya kelak, ibunya sendiri akan mengiring Meghan dan bukan bapanya. Namun tradisi ini mungkin agak sukar untuk Meghan langgar yakni media sosial.

 

Foto Jonathan Hordle/WENN.com

Dilaporkan Meghan telah menyahaktifkan kedua-dua akaun Instgram dan Twitter miliknya selepas beberapa bulan tidak aktif. Kali terakhir dia menggunakan Instagramnya adalah untuk mengumumkan penutupan laman sesawang peribadinya, The Tig.

 

Disebabkan sifat konservatif keluarga kerabat diraja England dan demi menjaga keselamatan dan privasi mereka, akaun media sosial yang digunakan adalah akaun rasmi menggunakan nama Istana Kensington yang digunakan untuk membuat pengumuman rasmi secara langsung. Malah ia memakan masa empat tahun untuk Putera William dan Kate Middleton untuk membuka akaun Twitter dan Instagram menggunakan nama @kensingtonroyal. Akaun ini juga turut digunakan oleh Putera Harry dan Meghan Markle.

See also
Cara Delevingne, Kristen Stewart, Pharell Williams, & Caroline de Maigret Untuk Kempen Gabrielle

 

Walau bagaimanapun menurut satu sumber dari istana sendiri, keputusan ini mungkin telah dibuat oleh Meghan sendiri kerana dia menyedari yang dia sudah tidak lagi memerlukan atau akan menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi.