Jaeger-LeCoultre Berkolaborasi Bersama Christian Louboutin - Glam Malaysia

Jaeger-LeCoultre Berkolaborasi Bersama Christian Louboutin

Apa yang bakal terjadi sekiranya dunia horologi bersatu dengan dunia fesyen yang terkenal dengan jenama kasut?
 
Jenama horologi Jaeger-LeCoultre berkolaborasi bersama jenama fesyen kasut, Christian Louboutin  dimana Louboutin mereka tali jam couture ikonik yang menghiasi jam tangan Reverso One High Jewelry. Majlis perlancaran tali jam itu diadakan di Hotel Ritz di Paris yang diadakan pada Selasa lepas turut menjemput Friends of the Brand iaitu model dan jurugambar, Astrid Munoz dan model, pelakon dan pengarah filem, Elisa Sednoui.
 
Di majlis makan malam itu, Elisa Sednoui menggayakan jam tangan Reverso One High Jewelry dengan tali Peau sur peau dan nude dial dalam emas putih. Rekaan tali jam tangan Christian Louboutin ini diadaptasi daripada sumber alam semesta. Rekaan jam tangan yang unik ini dari dua jenama fesyen dan horologi ini menguatkan lagi hubungan dua Maison ini.
 
[soliloquy id=”49351″]

[soliloquy slug="jaeger-lecoulture"]