Iris Apfel Diumumkan Sebagai Friend of the Brand TAG Heuer di Minggu Fesyen New York - Glam Malaysia

Iris Apfel Diumumkan Sebagai Friend of the Brand TAG Heuer di Minggu Fesyen New York

iris apfel
 
TAG Heuer menampilkan Iris Apfel, pereka dalaman dan ikon fesyen sebagai Friend of The Brand buat pertama kalinya di Minggu Fesyen New York (NYFW). Jenama tersebut turut menyokong dan menaja pertunjukan MONSE dengan memadankan setiap rekaan dari designer duo itu bersama timepiece mereka.
 
TAG Heuer juga menyertai Fashion Pop-Up di Washington Street untuk berkongsi koleksi Connected Watch yang menggabungkan fesyen dan teknologi sempena meraikan Minggu Fesyen New York baru-baru ini.