Irama Lagenda Tchaikovsky Swan Lake Bakal Bergema Di Resorts World Genting

Irama Lagenda Tchaikovsky Swan Lake Bakal Bergema Di Resorts World Genting

Berkisahkan Odette, seorang puteri yang bertukar kepada seekor swan akibat sumpahan yang dikenakan, Swan Lake menjadi antara antara persembahan balet klasik yang digilai ramai sejak dipertontonkan buat pertama kalinya pada tahun 1877 di Moscow.

 

Bagi tayangan perdana mereka di Malaysia, Ballet West UK dengan kerjasama bersama The Dance Company membawakan mahakarya ikonik dan lagenda Tchaikovsky yakni Swan Lake yang bakal dipersembahkan di Genting International Showroom di Resorts World Genting pada 24 Ogos – 26 Ogos dan 31 Ogos – 2 September. Bakal memukau anda dengan persembahan bertaraf dunia, penari-penari seperti Jonathan Barton, Natasha Watson dan Uyu Hiromoto antara penari ballet yang bakal menambahkan seri kepada persembahan Swan Lake ini.

 

Dengan pengalaman selama 28 tahun dalam persembahan balet yang dijanjikan Ballet West UK memastikan pementasan Swan Lake bermutu tinggi hasil persiapan teliti yang dilakukan tanpa terlepas pandang sebarang perincian. Dari latihan penari sehingga ke seni halus rekaan kostum yang digunakan. “Kami ingin melihat bagaimana penari-penari menggunakan kosa kota pergerakan mereka untuk meluahkan watak mereka. Daripada 113 yang hadir untuk uji bakat, kami memilih 11 orang menyertai company kami untuk Malaysia,” nyata ballet master dan penata tarian produksi Swan Lake Ballet West UK Daniel Job.

See also
Senarai Nama Anak Selebriti Paling Unik Di Hollywood

 

Pementasan yang memakan masa selama 150 minit pastinya akan membawa anda mengharungi satu kembara emosi yang menakjubkan sambil diiringi iram-irama indah karya muzikal klasik syahdu. Bermula pada harga RM388 anda boleh mendapatkan tiket di www.rwgenting.com. Untuk memenanti tiket VIP bernilai hampir RM6000, sila klik SINI.