Adakah Hubungan Antara Selena Gomez dan Justin Bieber Sudah Pulih?

Hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber Berputik Kembali?

Hubungan mereka menjadi umum pada tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya perjalanan Selena Gomez dan Justin Bieber sebagai pasangan boleh diibaratkan seperti rollercoaster sebelum mereka berpisah pada tahun 2014. Namun baru-baru ini Selena dan Justin dilihat berbual sewaktu menghadiri sesi ceramah di gereja.

 

Beberapa laporan daripada Entertainment Tonight dan Us Weekly melaporkan Selan dan Justin kini mula membina semula hubungan mereka sebagai sahabat kerana mereka berdua menghadiri gereja yang sama di Hollywood.

 

Malah Selena juga merupakan individu yang mengalakkan Justin untuk menyertai Gereja Hillsong (gereja kegemaran ramai artis Hollywood).

 

“Selena masih lagi bersama dengan The Weeknd, dan dia hanya melayan Justin seperti seorang sahabat,” nyata sumber tersebut. “Selena merupakan orang yang meyakinkan Justin untuk melibatkan diri dengan gereja ini. Ia adalah cubaan Selena untuk membantu Justin mengubah hidupnya dan ia sebenarnya berkesan. Dia sangat komited kepada gaya hidup ini dan telah berjaya menubuhkan hubungan yang erat. Kini mereka mempunyai ramai teman mutual.”

See also
6 Ilham Busana Mewah Di Kediaman Berdekorasi Indah

 

Satu sumber turut menyatakan kepada Us Weekly bahawa ini juga merupakan keputusan Selena sendiri untuk tidak bermusuhan dengan Justin ikutan perubahan besar dalam hidupannya selepas dia didiagnos dengan lupus dan menjalani pembedahan pada pertengahan tahun ini.

 

“Dia [Justin] melayan Selena dengan baik selepas pembedahannya dan sekarang hubungan mereka juga sudah menjadi lebih baik. Merek amula behrubung kembali baru-baru ini dan sering bersua muka di gereja. Komuniti di gereja itu juga sangat erat jadi mereka mempunyai ramai teman bersama.”

 

Jika anda risau akan reaksi The Weeknd pula, usahlah begitu kerana teman lelaki Selena ini tidak kisah sedikit pun Selena berkawan dengan Justin semula.