Hub Kreatif Gucci - Glam Malaysia

Hub Kreatif Gucci

dsc03683_mod
 
Gucci, salah satu jenama fesyen mewah dan terkemuka di dunia mengumumkan pembukaan ibu pejabat cawangan Milan di kilang aeronautik bersejarah di Caproni. Kilang yang berkeluasan 35,000 meter persegi itu dibina pada tahun 1915
 
Sebuah menara enam tingkat akan dibina di tengah-tengah kompleks kilang tersebut dan menara itu merangkumi  lebih dari 3,000 meter persegi dari keseluruhan keluasan kilang itu. Menara dengan bentuk dan saiz yang menarik itu dibina dengan menggunakan komponen logam gelap untuk memberi kontra pada warna merah batu-bata pada bangunan asal.
 
dsc03731_mod
 
Hangar berkeluasan 3,850 meter persegi ini pernah digunakan untuk pemasangan akhir pesawat telah diperbaiki dengan teliti dan akan digunakan untuk mengadakan pertunjukan fesyen bermula tahun 2017 ini. Sebuah tempat meletak kereta yang luas telah dibina di bawah tanah yang boleh memuatkan 300 kenderaan.
 
Reka bentuk dalaman pula mencerminkan visi estetik Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele. Rekaan Gucci Hub ini sememangnya lain daripada rekaan pejabat yang standard dan setiap ruang dalam pejabat itu mempunyai personaliti tersendiri.
 
dsc03796_mod

See also
Santai di Samui