Hilary Duff Bersuara Tentang Layanan Hollywood - Glam Malaysia

Hilary Duff Bersuara Tentang Layanan Hollywood

 

Pelakon dan penyanyi Hilary Duff baru-baru ini bersuara tentang layanan Hollywood terhadap dirinya selepas berumah tangga dan menimang cahaya mata. Hilary meluahkan perasaanya semasa tembual untuk rancangan The Talk.

 

Emak kepada Luca itu juga meluahkan perasaanya terhadap keberanian pelakon Jennifer Anniston yang juga bersuara lantang mempertahankan dirinya yang dianggap “tidak berguna” oleh masyarakat kerana tidak bersuami dan tidak mempunyai anak.

 

“Dia [Jennifer] adalah seorang role model yang cantik dan juga seorang wanita yang bijak kerana berani menyuarakan pendapatnya tentang hal ini di Hollywood,” Hilary memuji keberanian Jennifer sebelum berkongis pengalamannya sendiri.

 

Hilary merasakan dirinya dinilai kerana menimang cahaya mata pada usia yang muda, berkahwin terlalu cepat dan kini dia di”kotakkan” sebagai seorang emak. Hilary melahirkan anaknya Luca, kini 4 tahun, ketika dia berusia 24 tahun.

 

“Ramai juga wanita di dalam industri ini yang tidak mempunyai anak dan mereka masih juga dinilai,” sambung Hilary.

See also
"Saya sukakan lelaki yang ada pendirian" - Tiz Zaqyah

 

Dia juga berpendapat bahawa pemikiran begini juga membantutkan proses perubahan yang diinginkan oleh orang ramai untuk tidak mengotakkan wanita dalam satu kategori sahaja.

 

 

Penilaian yang dilakukan terhadap wanita ini jarang berlaku kepada kaum lelaki. “Tiada siapa pedulikan kehidupan peribadi lelaki sebanyak mana mereka pedulikan kehidupan peribadi kaum wanita.”

 

Hilary yang baru bercerai dengan suaminya pemain hoki profesional Mike Comrie awal tahun ini menyatakan yang dia tidak punyai niat untuk berkahwin sekali lagi buat masa terdekat.

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid