Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent

Berita

Hedi Slimane Meninggalkan Saint Laurent

32

Oleh: Mujahid Saddam

 

T34172274_2MHedi Slimane. Gambar: TPGVIP

 

Setelah empat tahun berkhidmat di Saint Laurent, Hedi Slimane membawa haluan dari rumah fesyen itu usai tamat kontraknya pada Khamis, 31 Mac 2016.

 

Menerusi suatu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kering, François-Henri Pinault, “Tempoh empat tahun lalu merupakan pencapaian yang unik dalam sejarah Yves Saint Laurent. Saya amat berterima kasih kepada Hedi Slimane serta seluruh pasukan Yves Saint Laurent kerana telah menetapkan hala tuju penuh kejayaan yang mampu memberi longevity kepada jenama legenda ini.”

 

Slimane mementaskan koleksi terakhirnya di Minggu Fesyen Paris yang lalu. Dia adalah individu yang bertanggungjawab menyuntik elemen rock n roll pada rumah fesyen itu manakala hasil jualan turut dilaporkan meningkat sejak khidmatnya di sana.

 

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *